Friday, May 11, 2012

Misi Seterusnya... (Bab Belajar)

Berjuang untuk final exam yang semakin hampir.. 

-Alhamdullilah kerana mendapat PBUB Yayasan Bank Rakyat.- Ringan sikit nak tanggung kos hidup tetapi aku still wat business untuk tampung setiap perbelanjaan aku.. Cth :- nak sambung lesen rm47.. So, nak x nak aku mesti dapatkan duit lain untuk bayaran tu.. nak benda2 len pun sama.. itulah aku.. 

-Berdasarkan perjanjian bayaran balik :- 

3.5 keatas - 10%.
3.0 keatas - 30%
2.5 keatas - 50%
2.0 keatas - 70%

-Ok so aku mesti dapatkan untuk bayaran hanya 10% daripada keseluruhan pinjaman.. Baru la namanya usahawan kan.. 

-Sebelum ni pun dah ada hutang dengan PTPTN untuk diploma.. Dan x lame lagi aku akan mulakan bayarannya.. Dah pinjam kenelah bayarkan.. Masih ramai lagi diluar sana yang perlukan pinjaman.. 

-Subjek yang aku ambik semester ni boleh la jugak iaitu :- 

Business Statistic            - 3 Jam 
Islamic Economics          - 3 Jam
Managerial Accounting   - 3 Jam
Hubungan Etnik              - 2 Jam
Bahasa Arab                  - 2 Jam
Bahasa Inggeris              - 2 Jam
Akidah & Akhlak           - 2 Jam

Totalnya 17 Jam Kredit.. 

-Misinya seterusnya sekarang adalah usaha dan pulun untuk dapatkan semua A. 

Usaha dengan Gigih
Jawab Exam Final (9.6.2012 - 20.6.2012)
Tawakkal. 
Tunggu Result keluar semester depan.. 

-Belajar lah sampai ke negeri cina dan sampai akhir hayat.. 

-Terima kasih kepada kedua ibu bapa, para pensyarah dan juga buah hati (Athirah bt Abdul Talib) yang senantiasa memberikan semangat..