Thursday, July 23, 2009

Sambungan Coretan Hati.....

Sudah lama aku tidak membelek blog ini apatah lagi ingin memetik keyboard notebook ku ini... haa... aku sebenarnya dah sedikit bangga dengan kemasukan baru pelajar yang semakin meningkat sejajar dengan matlamat universiti.... Mungkin aku masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang dapat menyambung pengajian di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM ) untuk sesi 2009/2010 dan kepada siswa dan siswi yang telah barjaya bergelar graduan pada Majlis Konvokesyen UDM yang pertama baru- baru ini. Seterusnya kepada siswa dan siswi yang masih lagi mengerah keringat diharapkan terus berusaha untuk menggenggam segulung diploma mahupun ijazah. Marilah kita sama - sama berdoa agar kita semua terus tabah menghadapi hari - hari yang mendatang... Insya-Allah....

No comments:

Post a Comment