Friday, August 12, 2011

Jadi Agen Jualan Reload..

Jom sertai sekarang.. Hanya dengan modal RM 25 dan pelaburan permulaan RM 100.. Itu sahaja.. Tiada charge sampingan..

Offer.. Hanya 200 orang terawal.. RM 20 Perdaftaran..


Caranya :-

1 - Fikirkan dahulu dan call 013-4183682.

2 - Bank in duit RM 120 ke akaun Maybank saya.

3 - Boleh mula berniaga.


Instruction-instruction penting untuk dealer yang telah berdaftar.. Selebihnya saya akan emailkan.. :-)


1. HOW TO RELOAD

PHONE NO_VOUCHER CODE AND AMOUNT_PIN NO (6 Digit)

SEND TO 0132277378, 0163265222 or 0173203033

EXP: 0123456789 MX5 123456

SEND TO 0132277378 , 0163265222 or 0173203033

2. CHECK BALANCE

DEP_PIN SEND TO 0132277378, 0163265222 or 0173203033

EXP: DEP 123456

3. CHANGE PIN

PIN_PIN LAMA_PIN BARU(6 DIGIT) SEND

TO 0132277378, 0163265222 or 0173203033

EXP: PIN 123456 223344

4. INTERNET LOG IN

http://web01.voucherclub.biz

USER NAME: 01XXXXXXXX@kt

PASSWORD: (ask/call for activation)

5. TO RELOAD ACCOUNTS (min RM100)

Maybank 163064156870 (Muhammad Norsyahidin Abu Hasan)

If any question :- 013-4183682 (Syahidin)

6. SMS BANK IN DETAILS

AGENT’S NAME, AGENT’S PHONE NO, AMOUNT (RM), TIME (hh:mm), BANK LOCATION (ex: CDM MayBank Kg Baru). SEND TO 013-4183682

7. CUSTOMER SERVICE

HP: 013-250 5777 TEL: 03-7806 2929 FAX: 03-7880 7228

8. TRANSFER DEPOSIT TIME

Every time available.

9. USE OF CENTRE NUMBER

0132277378 , 0163265222 or 0173203033

-to reload customer and to check balance

10. USE OF CUSTOMER SERVICE NUMBER

HP: 013-250 5777 TEL: 03-7806 2929 FAX: 03-7880 7228

-to send bank in details, inquiry, and careline (in case of problems or error)



Salam Kemasukan Ke Universiti n Konvoo..

Tahniah kepada semua pelajar yang dapat menyambung pengajian ke peringkat ijazah untuk kemasukan september 2011 kali ini... Dan sape2 yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma and ijazah selamat berkonvokesyen.. Meraikan hari - hari belajar anda..

Selain itu, Jangan lupa untuk sesiapa yang layak untuk memohon biasiswa dari FELDA, JPA or YAYASAN BANK RAKYAT DAN SEBAGAINYA... Good Luck..

Sunday, July 17, 2011

Selamat Kembali..




Jam 3.30 petang waktu Malaysia dan Jam 2.30 petang waktu indonesia aku mendarat di KLIA dengan penerbangan Air Asia QZ 7593 dari Bandung Indonesia.. Bahang panas kembali terasa, maklumlah di Bandung negerinya sejuk dalam 24 darjah celcius.. Kalau kat Malaysia lebih kurang dalam 30 darjah celcius.. Dapatlah sedikit sebanyak merasa berada di negara orang.. Diharapkan jugak matlamat ke sana tercapai.. Dimana kami hendaklah memahami kaedah pasaran import dan eksport serta untuk membuat business matching dengan wirausaha disana.. Tapi report x siap lagi ni.. Hihihi..


Berbalik kepada barang niaga. Antara barang niaga yang kumpulan kami beli ialah.. :-

1- Telekung Jenis Kain Cotton Rossel sulam putih (20 helai)
2- Telekung Jenis Kain Cotton Rossel sulam berwarna (20 helai)
3- Blaus (15 pasang)
4- Kain Pasang (10 pasang)


Ahli kumpulannya ialah :-

Muhammad Norsyahidin Abu Hasan
Mohammad Firdaus Ahmad
Mohamd Mizan Azam bin Noh
Mohiden bin Mad Yusof

Salah satu gambar barang : -







Stok dengan din ader warna biru dan warna ni jerk lyn.. Yang putih ader sulam mcam ni ugak ader 4 pasang lagi..

Sunday, July 10, 2011

Telekung..










Salam semua.. saya ada ambik tempahan telekung untuk raya ini..

-Harga berpatutan..
-Harga kurang daripada RM100.
-Kualitinya dijamin.
-Terus dari Bandung, Indonesia.

Sambungan..


Kod Baju (6)

Kod kain (7)


Kod Baju (8)


Kod Baju (9)

Kod Tudung (10)

Salam.. Untuk tempahan..


Kod baju ini (1)

Kod seluar ini (2)

Kod tudung (3)

Kod baju (4)

Kod Baju (5)

Friday, July 1, 2011

Belajar UBS System di College of Business (Universiti Utara Malaysia)

Satu pengalaman baru.. Nanti lepas habis aku kongsi story ni ea.. Jumpe lagi.. :-)

OKEY.. Ari ni ader masa cikit.. sebenarnya UBS system ni x ada lah susah sangat.. tapi memerlukan kesungguhan kita untuk berlatih memasukkan item2 dan memahaminya.. Biasa lah.. belum belajar belum tahu kan.. So, aper lagi..? Selamat menjalani peperiksaan ubs system..

Actually ubs system ini mengandungi beberapa tahap modul iaitu : -

Tahap 1 UBS Accounting
Tahap 2 UBS Inventory & Billing
Tahap 3 UBS Payroll

Setiap modul yang dipelajari diwajibkan melalui satu peperiksaan untuk mendapatkan sijil tauliah.

Harga setiap modul adalah RM 300 tapi depand on tempat..

* Tips..

Sesiapa yang mahu menerokai bidang or dunia perniagaan mestilah at least mengetahui sal ubs system tahap 1. Financial adalah faktor terpenting dalam sesebuah perniagaan. Cash flow diibaratkan seperti nadi or jantung dalam business. Tanpa ini semua kita boleh tengok business kita akan down dalam masa yang singkat.

Thanks, That's all.. Teruskan membaca di blog ini.. Saya akan terus perbaiki and kongsi maklumat dari semasa ke semasa... "Keusahawanan Kerjaya Pilihan"

Monday, May 30, 2011

Kereta...

Salam.. aku sekarang sedang meneroka untuk menjadi seorang penjual kereta.. Tetapi kerana masa yang masih tidak mengizinkan.. aku terpaksa lepaskan dulu.. Tapi sekurang -kurangnya aku dah pergi sendiri ke outlet produa di Gong Kapas.. Pengalaman yang best.. !!! Aku syukur kerana impian untuk menjadi penjual kereta hampir tercapai... Lagipun aku adalah seorang yang sangat minat dengan dunia pemasaran.. Dan aku sekarang di pejabat MAA Takaful kat bandar Kuala Terengganu... Sajer duduk jerk dulu dan belajar cikit - cikit tentang insurans sementara masa masih ader... Jangan membazir masa taw.. Yang aku dah belajar sekarang adalah tentang dua produk baru iaitu.. Smart medic and Biasiswa pengajian.. dan baru - baru ini aku dah ambik exam takaful kat cosmopoint.. Mohon lulus untuk menjadi seorang agen insurans yang bertauliah....

Wednesday, May 11, 2011

Satu perkongsian..

Hai.. Kat sini aku just nak share satu kertas kerja dalam bentuk slide dan dalam bentuk word. Ini adalah hasil kerja "Tina" salah seorang peserta KAKS yang ke-8. Tetapi kertas kerja ni dah dibuat sebelum program. Katenya dibuat untuk subjek Pembudayaan Keusahawanan yang wajib diambil oleh semua pelajar IPTA. Thanks kat die coz sudi memberikan kertas kerja untuk kepentingan insan - insan yang masih 'confuse' tentang kertas kerja untuk memohon pinjaman @ pembiayaan dari mana - mana agensi. So, ambil lah mnfaat ini kerana anda boleh copy and paste tanpa dikenakan sebarang charge. Nanti, bile dah habis program KAKS ke - 8 ni.. Aku akan share kertas kerja (slide) yang menang pada kali ini.. InsyaALLAH. (Program Kertas Kerja ini bersama PUNB)

Okeey.. Jom kite tengok kertas kerja yang dah ade..



Tangga Usahawan..

“Asalnya beliau hanya seorang budak kampung yang bekerja sebagai seorang kelindan lori. Kerja beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh lori. Tetapi, kerana belaiu bercita-cita mempunyai pendapatan yang lebih baik, beliau mendapatkan lesen sebagai seorang pemandu lori.

Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.

Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan. Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau.

Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?

Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.

Adakah Perniagaan Satu Perkara Luar Biasa?

Ini hanya salah satu cerita kejayaan yang kecil saya kongsikan. Sebenarnya jika kita rajin membaca surat khabar atau majalah bisnes yang lain, anda akan memperolehi pelbagai lagi cerita-cerita kejayaan yang menarik untuk kita renungkan dan jadikan satu inspirasi serta motivasi dalam kita melangkah ke dalam dunia keusahawanan.

Keusahawanan atau perniagaan kini bukan lagi satu perkara yang luar biasa bagi masyarakat Malaysia. Hampir setiap individu ingin terlibat di dalam dunia keusahawanan. Malahan jika kita rajin membaca akhbar, kerajaan telah memberi galakan yang besar dan menyediakan dana yang besar bagi mendorong dan memberi sokongan kepada generasi muda menceburi bidang perniagaan.

Selain itu, hampir kesemua media “baru” (internet) telah dipergunakan secara maksima oleh generasi-generasi yang celik IT untuk melakukan promosi dan aktiviti pemasaran perniagaan mereka.

Jika dahulu perniagaan adalah satu perkara “taboo” atau “menakutkan” bagi kaum melayu, hari ini segala mitos itu lenyap ditelan oleh perkembangan dunia kehidupan yang semakin canggih, sistematik dan sentiasa berevolusi.

Hari ini semua orang cuba ingin menceburi bidang ini. Bagaimanapun, berjaya atau tidak sesebuah perniagaan yang diceburi itu masih banyak bergantung kepada pelbagai faktor.

Sikap Para Usahawan Adalah Penentu Kejayaan

Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang hanya berdasarkan nasib, takdir, atau perjudian; sebaliknya keusahawanan adalah satu pakej kemahiran yang jika dikuasai akan menentukan faktor kejayaan seseorang individu itu didalam bidang ini.

Sikap yang positif

It is your attitude more than your aptitude that determines your altitude.
- Brian Tracy

Cerita Hj Said yang dikongsikan di atas tadi menjadi bukti bagaimana satu faktor penting yang perlu ada di dalam diri seorang individu untuk berjaya di dalam bidang perniaganaan.

Pepatah ingeris mengatakan “Attitude determines altitude”. Sikap itu penentu kejayaan.

Sikap adalah satu faktor paling penting di dalam menentukan tahap kejayaan seseorang di dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi. Malahan di dalam kebanyakan cerita kejayaan ikon-ikon besar di dunia perniagaan, sikap merupakan rahsia kejayaan mereka. Disiplin, tabah, berani, berfikiran positif, fokus, bercita-cita besar dan pelbagai lagi sikap-sikap lain yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal usahawan mahupun mereka yang sudah berada di dalam landasan perniagaan.

Jangan Jadikan Duit Penghalang Utama

Saya teringat satu ungkapan menarik seorang usahawan sejati dari Indonesia iaitu Bob Sadino (Buku: Kalau Mau Kaya Ngapain Sekolah!) tika ditanya adakah beliau pernah mengalami kegagalan dalam usaha.

Beliau menjawab; “Ini pertanyaan yang lucu…kegagalan itu sudah termasuk dalam usaha. Cari risiko bererti cari kegagalankan? Berusaha itu modalnya bukan duit. Duit itu nombor keseratus kali!”.

Kesalahan pertama usahawan muda kita adalah menjadikan duit sebagai penghalang besar kepada usaha memulakan perniagaan. Mereka menjadikan duit sebagai proses pertama di dalam melangkah masuk dalam dunia perniagaan. Sebaliknya mereka lupa bahawa pembentukan sikap yang betul atau sikap seorang usahawan perlu dibangunkan dan dijana sebelum mereka menjadi seorang usahawan berjaya.

Jika duit adalah penentu nombor satu kejayaan di dalam keusahawanan, kenapa terdapat ribuan peminjam dana perniagaan dari badan seperti PUNB, MARA TEKUN dan sebagainya yang bungkus dan gulung tikar walhal telah memperolehi duit atau modal untuk memulakan perniagaan?

Kerana itu di dalam kelas-kelas motivasi perniagaan, penceramah melaungkan kata-kata bahawa sikap adalah penentu kepada kejayaan perniagaan mereka. Untuk berjaya sikap yang betul menentukan tahap kejayaan usahawan tersebut.

Bukan Sekadar Sikap, Mindset Juga Perlu Betul

Tetapi sebagai seorang pengamal Neuro Lingkustik Programming (NLP), sikap belum cukup penting kerana sikap hanyalah hasil yang terjelma dari dalam diri kita. Sebenarnya, mentaliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti individu tersebut.

Mindset Seorang Usahawan

Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang negatif melahirkan sikap yang negatif. Mentaliti mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan kaum cina yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.

Kerana itulah saya menekankan pembentukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam perniagaan adalah sama penting dengan kemahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga seperti kemahiran kewangan, strategi pemasaran, kemahiran menjual dan sebagainya. Meninggalkan salah satu faktor asas ini hanya meningkatkan risiko kegagalan seseorang usahawan.

Jadi kepada bakal atau meraka yang sudah menjadi usahawan, apa yang anda tunggu lagi? Program semula pemikiran dan mentaliti anda, supaya anda memiliki satu senjata ampuh apabila anda melangkah di dalam dunia perniagaan!

Rancangan perniagaan...

Sekarang tibanya slot bersama PUNB.. Law korang sumer nak taw kita perlu jalani satu ujian untuk mengetahui potensi diri dalam dunia keusahawanan.. Dulu mase kaks yang pertama di Anggulia Beach Resort aku x taw pa keptusannya.. Coz aku ambil exam ni dua kali.. Satu lagi semasa program Francais untuk ECER (wilayah ekonomi pantai timur) di Hotel Primula. So, inilah resultnya yang boleh disemak di www.punb.com.my.







Nama : Muhamad Norsyahidin bin Abu Hasan
No. Kad Pengenalan Baru: 901230-11-5187
No. Kad Pengenalan Lama : -
No. Kad Pengenalan Lain : -
No. Rujukan : 272792
No. Sessi Ujian : PT050/09
Tarikh Duduki Ujian : 11 March 2009
Tempat Ujian : PNS - Siswazah Hotel Primula, Kuala Terengganu, 20700 Terengganu
Keputusan : Low Risk B (LRB)

Pastoo.. Diorang jugak melatih peserta - peserta program untuk membuat rancangan perniagaan yang sebenar dan juga dilatih untuk presentation.

Kandungan format RP :-

1- Pendahuluan & pengenalan.
2- Latar belakang usahawan dan pengarah syarikat.
3- Profil projek dan latar belakang perniagaan.
4- Aspek pengurusan.
5- Aspek perkhidmatan dan pengeluaran.
6- Aspek pemasaran.
7- Aspek kewangan
8- Kesimpulan.
9- Lampiran.

Rancangan perniagaan dibuat adalah untuk mendapatkan sumber pembiayaan dari mana-mana agensi. Semoga berjaya :-) smile.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu..

Assalamualaikum semua..

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar seorang ibu.. Sekarang ni.. aku masih di program KAKS yang ke-8.. Ni curi mase cikit.. Ni tengah slot yang ke-3 untuk ceramah yang bermula 8 Mei 2011 - 13 Mei 2011.

Slot - slot untuk program kaks yang aku join kali ini buat yang ke-2 dan terakhir di peringkat diploma :-

Slot 1 - Peranan dan Tanggungjawab INSKEN ke arah melahirkan Usahawan
Slot 2 - Asas - asas penubuhan perniagaan bersama SSM.
Slot 3 - Peluang-peluang pembiayaan & perniagaan bersama TEKUN.
Slot 4 - Usahawan kerjaya pilihan bersama YPU.
Slot 5 - Motivasi keusahawanan
Slot 6 - Pertandingan perniagaan.
Slot 7 - Motivasi keusahawanan pelajar bersama pengarah pusat keusahawanan UniSZA.
Slot 8 - Rancangan perniagaan bersama PUNB.
Slot 9 - Persembahan rancangan perniagaan.

Untuk hari ibu pada hari ini. Marilah kita sama-sama hayati sebuah sajak ini..


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
.

Jumpe lagi..

Friday, April 29, 2011

Good Luck Forever..

Salam.. First of all.. good luck kepada semua student ipta/ ipts yang tengah periksa sekarang.. So far, sy sendiri alhamdulillah.. setakat ni bley la jawb cikit2.. Walaupun final year ni just ambik 4 paper jerk.. Ader lagi dua paper jerk.. 2.5.2011 (International Marketing) dan 4.5.2011 (Service Marketing)..

Perancangan isi masa lapang :-

Perancangan setakat ni nak gi jalan2 ke Pulau Mutiara (rangcang nya pada 14.5.2011 - 16.5.2011).. X pernah agi jejak kaki kat sane.. tpi sebelum tu.. nak pergi candat sotong (6.5.2011 - 7.5.2011).. Doakan ea biar dapat sotong banyak.. selepas tu.. nak follow KAKS (Kursus Asas Keusahawanan Siswa) buat kali yang terakhir pada (8.5.2011 - 13.5.2011).. dan last sekali nak gi anta adik masuk matrik kat perlis pada 23.5.2011 (kalau jadi - x comform agi pun)

Perancangan lepas belajar : -

Nak join tunas mekar untuk mengedarkan Al - Quran digital seluruh malaysia bersama syarikat ENMAC Technology tapi belum register agi ni...
Satu lagi nak jadi agent insurans maa takaful yang bertauliah - kene ambik exam pada 28.55.2011 (Sabtu).. Lepas tu boley la nak promote2 insurans ni..

Okey, setkat to ajer.. Jom study cikit..

Saturday, February 12, 2011

Kata-kata Motivasi....

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi

Al-Quran..


Hadith :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."

Al-Quran Digital....


Assalamualaikum w.b.t

Al-Quran digital keluaran terbaru dari syarikat ENMAC Malaysia yang juga penaja rasmi Akademi Al-Quran di TV9. Merupakan Al-Quran digital pertama di dunia. Memang canggih dan mudah untuk digunakan. Kalau dulu kita susah nak membawa Al-Quran ke mana-mana, apatah lagi nak membacanya. Bukan apa, kalau nak bawa Al-Quran mesti sentiasa ada wuduk lepas tu kesucian Al-Quran mesti di jaga. Tak boleh bawa masuk tandas. Tapi dengan teknologi terkini, kita tak perlu lagi risau , kerana semua masalah nie tal lagi menjadi isu. Aplikasi dalam bentuk digital, boleh di 'turn off' bila-bila masa, sama seperti handphone ataupun komputer, menjadikan al-Quran tetap terpelihara. Boleh di bawa walaupun tanpa wuduk kerana ia bukan Al-Quran dalam bentuk kekal.

Bagi yang musykil tentang perkara ini, boleh rujuk pada ustaz-ustaz. Lagi pun produk dah mendapat kelulusan JAKIM...so insyallah . Takde lagi alasan untuk kita jauh dengan al-Quran . Bacalah setiap hari , tanpa mengira waktu dan tempat , Al-Quran digital ni memang mudah untuk di baca.

Sebenarnya ia bukan hanya sebuah AL-Quran biasa tapi ada macam-macam aplikasi dalam Al-Quran digital nie..semuanya desenaraikan dibawah. Antaranya terdapat banyak kitab2 hadith , dan kalau nak beli atau baca memang tak larat kita nak angkut semua kitab tuh..tapi bawa Al-Quran digital, insyallah semua menjadi senang. Mudah-mudahan ramai orang islam mendapatkan produk sebegini, dijual dengan harga yang amat berpatutan, memang cukup berbaloi, apatah lagi produk nie boleh dipakai oleh semua ahli keluarga dan sehingga ke anak cucu. Kalau saper2 yang berminat boleh hubungi saya di 0135921992/0149639415 atau email ke m.norsyahidin@gmail.com.

- Complete Holy Quran in voices of 5 famous Reciters namely:
* Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
* Sheikh Mahir Al-Moaqeli
* Sheihk Saad Al-Ghamidi
* Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Hudhaify
* Sheikh Muhammad Ayoub
- Last Para/Juz recited by 10 famous reciters.
- Complete Holy Quran in 6 beautiful fonts
- Multiple Ayahs can be read on one Page like book with audio
- Prayer Time and Qibla Direction for major cities of the world.
- 34 Fonts in different styles and Sizes
- Tafseer, Hadeeth, History & other Islamic Books:
* Tafseer Ibne Katheer (Arabic)
* Tafseer Ibne Katheer (English)
* Tafseer Ibne Katheer (Urdu)
* Tafseer Al-Jalalain (Arabic)
* Tafseer Al-Jalalain (Indonesian)
* Tafseer Al-Qurtabi (Arabic)
* Tafseer Al-Tabari (Arabic)
* Saheeh Al-Bukhari (Arabic)
* Saheeh Al-Bukhari (English)
* Saheeh Al-Bukhari (Indonesian)
* Saheeh Al-Bukhari (Urdu)
* Saheeh Muslim (Arabic)
* Saheeh Muslim (Urdu)
* Riad-as-Salheen (Arabic)
* Riad-as-Salheen (English)
* Riad-as-Salheen (French)
* Sunnen Ibne Majja (Arabic)
* Sunnen Nissaie (Arabic)
* Sunnen Abu Dowood (Arabic)
* Sunnen Tirmizi (Arabic)
* Arabaeen Nawawi (Arabic)
* Arabaeen Nawawi (English)
* Hadeth Qudsi (Arabic)
* Qasas-ul-Anbia (Arabic)
* Al-Kabaer (Arabic)
* Al-Rahiq Al-Makhtum (Arabic)
* Belugh elmaram
* Hisn-ul-Muslim (Arabic)
* Hisn-ul-Muslim (English)
* Ahakm Al-Tajweed

- Quran Translation in 24 Languages
Albanian, Azerbaijani, Bosnian, Dutch, English, Finnish, French, German,
Hausa, Indonesian, Italian, Latin, Malaysian, Persian, Polish, Purtuguese,
Russian, Spanish, Swahili, Tamil, Thai, Transliteration, Turkish, Urdu

Thursday, January 13, 2011

Langkah Pertama....

Setelah pejam celik, pejam celik... Bergelumang dalam dunia keusahawanan di Universiti Sultan Zainal Abidin... Akhir baru ku sedar cepatnya masa berlalu.... Kini ku terpaksa menerima hakikat yang 3 tahun sudah berlalu... Lagi beberapa bulan lagi aku bakal menamatkan pengajian di peringkat diploma... Diploma Pemasaran... Sejak akhir- akhir aku mula mengorak langkah untuk menuju kearah cita2 yang diidamkan... Seorang Usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian dan perternakan.... Tapi sekrang aku mula berjinak dengan dunia usahawan sebenar.. Aku mula sekarang dengan menjual Al - Quran Digital....


Inilah Al - Quran Digitalnya.... Sesiapa yang berminat boleh hubungi Syahidin - 0135921992